Enjoying our days in Paris tapi meletihkan kerana setiap hari entah berapa kilometer kami berjalan. Rasanya kunjungan 2010 selama 5 hari ini cukuplah untuk kami explore Paris ini. Tidak akan ada rasanya 3rd visit.
Seronoknya di Paris ni apabila ke Carrefour Market yang dekat dengan hotel dan membeli roti yang beraneka rupa dan rasa. Keharuman bau roti yang freshly keluar dari oven dan masih terasa panas tu memang meliurkan.
Maka, pada pagi Ahad, 13 Jun, setelah check out dari Premiere Classe, kami pun mengusung beg-beg kami yang masih berat ini ke Gare Du Nord untuk menaiki tren Thalys ke Amsterdam. Errr...makanan banyak yang abih dah, tapi kenapa la beg ni masih berat lagi. Ada satu beg tu nampaknya dah nak sampai end of service sebab roda dia macam nak tercabut.
Walaupun kami keluar satu setengah jam awal dari masa tren bertolak, rupa-rupanya kami masih terlewat. Salah satu sebabnya ialah kami terpaksa bertukar tren 3 kali untuk travel dari hotel ke Gare Du Nord. Dan apabila tiba di Gare Du Nord, kami kehilangan arah mencari platform berlepas tren Thalys ini. Tak tahu la, samada sebab kami panik bila masa semakin suntuk dan masih tak jumpa arah ataupun memang sebab tak ada signboard (on second thought, mustahil tak ada signboard kan?).
Bila kami terjumpa arahnya, memang tinggal beberapa minit saja lagi. Dah tu pulak, masa itu la roda pada beg tercabut, hah...apa lagi seret aja la beg tu atas lantai...mesti ada kesan seretan tu sampai sekarang kat lantai marble departure hall Gare Du Nord tu. Mintak maap la SNCF, kami dah calarkan lantai putih awak.
![]() |
| SNCF's Gare Du Nord |
Just in time...kami naik sahaja, pintu tren terus ditutup. Terduduk kami di tangga sambil mencungap mengah dan kepenatan. Train Manager datang kat kami dan dia kata you're lucky, you were very,very late! Tapi dia hulur jugak sebotol besar air mineral yang sekejap je kami selesaikan. Berpeluh la ayah walaupun dalam kedinginan spring. Tapi kalau kat Malaysia macam ni, lencun dengan peluh dah tu.
Satu pengalaman bagi kami mengharungi detik sebegini.
| Penat hilang dah...bolehlah senyum |
| Danial pinjam cekak Minnie Mouse Kak Chik |
| Wifi on board at a speed of 300kmh. Kat 1st class sahaja yang ada free wifi. Kat 2nd class, beli access card kalau nak guna |
| Lapar sebab penat. Korek la pop corn tu Haziq...tu pun kalau ada balance |
| Air mineral ehsan Thalys' train manager |
| Reflection at train glass window |
| Antwerp, Belgium |


No comments:
Post a Comment