Olla!!Welcome to our BLOG...Don't forget to follow okay!!:)

Monday, 12 December 2011

Mengejar Thalys

Enjoying our days in Paris tapi meletihkan kerana setiap hari entah berapa kilometer kami berjalan. Rasanya kunjungan 2010 selama 5 hari ini cukuplah untuk kami explore Paris ini. Tidak akan ada rasanya 3rd visit. 

Seronoknya di Paris ni apabila ke Carrefour Market yang dekat dengan hotel dan membeli roti yang beraneka rupa dan rasa. Keharuman bau roti yang freshly keluar dari oven dan masih terasa panas tu memang meliurkan.
Carrefour Market, Boulevard Henri Sellier,
opposite Premiere Classe. Tempat beli groceries dan roti.
Carrefour Market is a small and compact version of Carrefour hypermarket.
(macam Carrefour Market di Bangsar South)
Maka, pada pagi Ahad, 13 Jun, setelah check out dari Premiere Classe, kami pun mengusung beg-beg kami yang masih berat ini ke Gare Du Nord untuk menaiki tren Thalys ke Amsterdam. Errr...makanan banyak yang abih dah, tapi kenapa la beg ni masih berat lagi. Ada satu beg tu nampaknya dah nak sampai end of service sebab roda dia macam nak tercabut.

Walaupun kami keluar satu setengah jam awal dari masa tren bertolak, rupa-rupanya kami masih terlewat. Salah satu sebabnya ialah kami terpaksa bertukar tren 3 kali untuk travel dari hotel ke Gare Du Nord. Dan apabila tiba di Gare Du Nord, kami kehilangan arah mencari platform berlepas tren Thalys ini. Tak tahu la, samada sebab kami panik bila masa semakin suntuk dan masih tak jumpa arah ataupun memang sebab tak ada signboard (on second thought, mustahil tak ada signboard kan?).

Bila kami terjumpa arahnya, memang tinggal beberapa minit saja lagi. Dah tu pulak, masa itu la roda pada beg tercabut, hah...apa lagi seret aja la beg tu atas lantai...mesti ada kesan seretan tu sampai sekarang kat lantai marble departure hall Gare Du Nord tu. Mintak maap la SNCF, kami dah calarkan lantai putih awak. 

SNCF's Gare Du Nord
Bila dah sampai kat platform, staff Thalys informed tren ke Amsterdam kat portion depan dan suruh kami cepat. Tren yang kami naiki ni ada dua set yang di'couple'kan dan akan di'uncoupling'kan di Brussels nanti. Tren set yang di depan sahaja akan meneruskan perjalanan ke Amsterdam. Wah....200 meter ke depan lagi! Masa tu kami dah give up, kalau kena tinggal pun, nasib la...tak larat dah nak berlari menolak beg yang satu ni tapi mujur Haziq yang entah dari mana dapat energy (sebab dia pun handled the other big bag) tolong seret bag yang dah hilang roda tu.

Just in time...kami naik sahaja, pintu tren terus ditutup. Terduduk kami di tangga sambil mencungap mengah dan kepenatan. Train Manager datang kat kami dan dia kata you're lucky, you were very,very late! Tapi dia hulur jugak sebotol besar air mineral yang sekejap je kami selesaikan. Berpeluh la ayah walaupun dalam kedinginan spring. Tapi kalau kat Malaysia macam ni, lencun dengan peluh dah tu.

Satu pengalaman bagi kami mengharungi detik sebegini.

Penat  hilang dah...bolehlah senyum
Danial pinjam cekak Minnie Mouse Kak Chik
Wifi on board at a speed of 300kmh.
Kat 1st class sahaja yang ada free wifi.
Kat 2nd class, beli access card kalau nak guna

Lapar sebab penat.
Korek la pop corn tu Haziq...tu pun kalau ada balance 
Air mineral ehsan Thalys' train manager
Reflection at train glass window
Antwerp, Belgium
Inilah tren Thalys. 2010 tak sempat nak bergambar sebab lewat.
Ini gambar tahun 2006 di Amsterdam Centraal sebelum bertolak
ke Disneyland Paris
Amsterdam...here we come again. And Pak Lang Mohd Zin is waiting for us at Amsterdam Centraal!

Merentas Selat Dinding

Haziq dan adik-adiknya, sejak mereka lahir, tidak pernah sampai ke Pulau Pangkor. Bukan tidak ada niat nak bawa mereka ke sini sebelum ini, tetapi kalau nak travel ke pulau naik bot, sukar sikit nak usung bakul susu budak..hehe. So, bila semua dah besar ni, dah boleh carry their own bag, boleh la pergi. 

Kalau ke Pulau Pangkor masa cuti, kena la queue panjang di jeti. Tapi tak apa, feri banyak walaupun hari tu lama jugak la nak tunggu feri. 


Kita boleh construct cruise ship meh?
"Perwira dan satria....angkatan laut di raja"
TLDM's patrol vessel
pennant no 176 KD Selangor
Atas feri m.v. Mesra 5
Menyeberangi Selat Dinding
Pulau Pangkor ahead
Ni sure Danial terasa percikan air laut kat lidah dia
Danial enjoying his time dengan ombak.
Ye la pun, dia jarang dibawa ke pantai.
Naik bot pegi tengok batu paus, batu buaya dan finally, snorkeling
Batu yang ada rupa paus
Ikan kat tempat snorkeling, jinak...boleh bagi makan di tangan
Pulau tempat snorkeling
Batu buaya




Snorkeling time
Stayed at Liyana Villa, Pulau Pangkor
Kalau masa travelling, masak la apa pun,
sure licin kids belasah.
Keluar dari pulau, singgah pulak di rumah percutian
milik employer di Swiss Garden, Damai Laut, Lumut


Swiss Garden Resort, Damai Laut, Lumut

Sunday, 11 December 2011

Cameron Highlands...An Eternal Spring In Malaysia

Taking a break sat from international destination. Sempena musim cuti sekolah ni, kita singgah ke domestic destination. Nanti sambung lagi dengan catatan di Amsterdam, Munich, Stuttgart, Frankfurt, Salzburg, Zurich, Luzern, Lausanne, Geneva, Interlaken dan Grindelwald.


Cameron Highlands is our favorite holiday destination in Malaysia.  Wonder why? Bila sebut cuti aje..nak kemana? Emm..pastinya nak ke tempat sejuk, tak nak panas...so mana lagi...walaupun sudah berkali-kali ke sini...tapi tak pernah merasa jemu untuk menghabiskan masa cuti kami...sure akan berulang kami ke CH.

Bukan saja kerana cuaca, tetapi disebabkan pemandangan dan natural surrounding has made it a favorite place for city folks to escape to over the weekends. Great and perfect destination to release stress..but not during school holidays! Ehh..jam giler! Semasa kami ke CH pada weekend Awal Muharam baru-baru ini, jammed bermula sebaik melepasi Habu menuju ke Tanah Rata.

The most interesting place to visit is pasar malam! Macam-macam ada..fresh fruits, flowers, sayur-sayuran, pelbagai jualan makanan semua ada kat sini. Favorite food? Kids like Strawberry Chocolate here - makan sambil berjalan. 

Pasar malam Brinchang, Cameron Highlands diadakan setiap hari Sabtu dan pada setiap malam sepanjang musim cuti persekolahan. Dengan suhu sekitar 17-22 degree, takkan sweating berjalan di pasar malam sini.

Kobis...tengok boleh, petik jangan
Pokok anggur...tak boleh masuk, tengok dari luar pagar je
Close up...masam ke manis anggur ni?
MARDI Agro Technology Park, Tanah Rata
Malaysia's Black Forest
Dari puncak bukit di MARDI Agro Technology Park








Bunga-bungaan di English's Garden - colourful!
MARDI Agro Technology Park
Tak pernah rasa pun buah ni.
Macam kena kaler dengan water kaler je hijau tu
Preserved strawberry
Limau yang manis tapi masam.
Manis bila makan di CH, masam bila bawak balik KL

Jagung ni boleh makan mentah-mentah...manis
Local strawberry jam
Brader yang jual apam ni dah lama meniaga di sini.
Ada dua version...kaya atau kelapa, dua-dua sedap
Jagung bakar RM3????
Kincam, cendawan, keledek...semuanya digoreng
Yang hujung tu keledek ball disalut bijan, sedap makan panas-panas
Strawberry and marshmallow yang disalut dengan chocolate
3 sticks for RM5
Yang ni chocolate tu dah beku.
Sedap bila chocolate tu cair
Diana boleh makan 6 sticks strawberry chocolate
Angah sampai gigit lidi tu sebab sedap
Yang ni untuk Diana seorang je
Misty mountain
Kambing pengawal strawberry farm.
Dia akan mengembek dan menyondol kalau terlepas ikatan.
By the way, nama dia Shaun The Goat


Awat Danial bersusah payah petik strawbery sampai senget mulut tu?
Strawberry tu gantung kat telinga je la Diana...ganti subang.
Sapa yang petik strawberry muda tu?

Danial's favorite destination sebab sejuk




Strawberry cake di Boh's Sg Palas Tea Center
Scone
Scone eaten with jam and butter, English style.
Satu drawback Cameron Highland ni ialah kadar sewa hotel dan apartmen yang mahal terutamanya semasa musim cuti. Tak berbaloi rasanya. Kalau kami ke Cameron, selalunya kami akan ke budget hotel tetapi terimalah keadaan bilik yang keselesaannya begitu minimum. 


Malah kadar di UK lebih murah? Kami mengatakannya ya...RM240 semalam termasuk surcaj cuti am untuk apartmen 6 orang di bandar percutian tepi laut Blackpool.