Setelah 12 hari di bumi Inggeris, tibalah masanya untuk kami mengucapkan Bye Bye England. Kami meninggalkan London dengan menaiki bas ekspres Euroline dari Victoria Coach Station pada jam 10 malam. Tambang untuk kami berenam dari London ke Paris adalah GBP170. Considered murah sebab kami tidak mampu untuk travel dari London ke Paris dengan tren Eurostar yang mengenakan tambang antara GBP300-400. Memang Eurostar jauh lebih pantas, tapi dengan bermalam dalam bas menjimatkan 1 malam perbelanjaan penginapan kami.
Bas Euroline ni free seating, tak macam bas ekspres kita, jadi, kena la cepat-cepat naik bas bila dipanggil untuk boarding, kalau tak nanti tempat duduk berterabur. Dalam bas, kami bertembung dengan sekeluarga Melayu dari Seremban. Seperti yang dituliskan di posting sebelum ini, adalah amat mudah untuk bertegur sapa apabila bertemu rakan senegara di negara orang. Ketua keluarganya adalah seorang ahli akademik di UKM Bangi.
| Keluarga dari Seremban yang kami temui semasa dalam perjalanan dari London ke Paris. Picture taken at Paris's Euroline Station. |
Satu lagi, drebar bas ini tidak membenarkan makan dan minum dalam bas. Huh...kering la tekak. Drebar bas mamat Perancis tu kata kalau nak makan minum tunggu masa kat atas kapal. Cehh...dalam gelap bas tu, kalau setakat nak minum, belasah je la, jangan la sampai dia nampak kan.
Bas tiba di Pelabuhan Dover sejurus sebelum tengah malam. Selepas melalui pemeriksaan Imigresen dan Kastam Perancis, kami perlu menunggu feri yang dijadualkan berlepas ke Calais, Perancis pada jam 1.05 pagi.
Semasa kunjungan pada autumn 2006 dulu, kami membuat channel crossing dengan cara yang sama tetapi waktu itu dari/ke Amsterdam. Semasa melalui pemeriksaan kastam di Dover inilah, bagasi kami dikeluarkan dari baggage compartment dan diarahkan untuk dibuka bagi pemeriksaan penuh.
Untuk 2010 ini, kami melalui Imigresen dan Kastam Perancis tanpa banyak soal malah Pegawai Imigresen Perancis terus stamping paspot kami tanpa melihat muka depan paspot yang ada gambar dan detail kita. Dah mengantuk la agaknya pegawai imigresen tu.
| Danial keluar dari bas dulu sementara tunggu nak boarding feri. Ini la bas Euroline. |
| Angah kata 'apasal bila kat sini je mesti sejuk gila...tahun 2006 sejuk tu betul la sebab autumn, ni sekarang spring tapi sejuk sama je'. Entahlah Angah..cari la sendiri jawapannya |
| Suhu 13 degree tambah lagi dengan angin laut...sejuk wooooo. |
| Berth No 2, Port Of Dover. 12.35 baru start loading. Masa ni tak banyak kenderaan, loading cepat selesai. Pride Of Kent milik P&O Ferries yang akan membawa kami menyeberangi English Channel kali ini |
| Yang tengah tu kapten kapal. Capt...jangan tido pulak kat bridge tu |
| Tu dia...kapal baru mau mari. Lagi besar dari Pride Of Kent yang saiznya bergarisan kuning tu. |

No comments:
Post a Comment