Olla!!Welcome to our BLOG...Don't forget to follow okay!!:)

Thursday, 1 December 2011

Lake District

Lake District terletak di north west England, di katakan antara lokasi terindah di England. Kami berkesempatan ke sini dengan menyewa kereta dari Budget Rent A Car dengan harga GBP53 sehari. Kami diberikan Ford Galaxy berenjin diesel (harga diesel cuma GBP1.3 seliter). Untuk menyewa kereta, mereka akan meminta kad kredit (tunai tidak diterima!) dan lesen memandu antarabangsa.

Bila nak isi minyak kereta, isi tank kereta dulu baru masuk ke kaunter untuk bayar. Cara di UK terbalik, kita di Malaysia, bayar dulu. Menyangka cara yang sama di UK, kami pun dengan selamba pergi ke kaunter dan hulur duit sambil sebut nombor pam. Minah salleh yang duk kaunter tu terpinga-pinga. Dia kata ko tak isi apa pun, apa yang ko nak bayar ni....hehe. Bila dah selesai refueling dan bayar tu, barulah dia tau yang kat Malaysia ni bayar dulu. Sempat gak tanya kat dia, cara macam ni orang tak lari ke tanpa bayar bila dah isi minyak. Dia jawab "kalau berani, buat la..." sambil tunjuk CCTV yang bersepah kat petrol station tu.

Pemandangan di sepanjang perjalanan amat mengagumkan apabila kami melalui country side England. Kami melalui dataran beralun padang rumput dengan lembu dan kambing biri-biri bebas berkeliaran.

Lake District menjadi tempat tumpuan bukan sahaja pelancong asing malah ianya adalah tempat percutian rakyat tempatan. Cuaca yang dingin walaupun kami di sini di penghujung musim bunga dan udara yang segar amat mendamaikan.



Padang rumput. 
Lembu dan bebiri kat sini untung dapat rumput 
yang sedap dan fresh kot...
Cuaca dingin tapi masih mahu makan aiskrim


Angsa yang jinak dan suka makan aiskrim 

Kalau berminat nak menjelajah Lake District, bolehlah sewa bot. 
International driving licence tidak diperlukan

Ini angsa yang pandai mintak aiskrim dari Haziq




Ford Galaxy 7 seater. Buatlah macam kereta sendiri ye...
Pekan Windermere di pinggir tasik
Rumah yang berusia 152 tahun?


Padang rumput menghijau. Pemandangan yang tidak ada di Malaysia
Lake District....England's largest lake.

No comments:

Post a Comment