Dari Blackpool kami menaiki tren tempatan ke Preston di mana Virgin Train yang membuat perjalanan dari Glasgow Central ke London Euston sedia menunggu di platform bersebelahan. Virgin Train milik Sir Charles Branson ini memecut laju di West Coast Main Line dan tiba di London 2 jam 20 minit kemudian untuk jarak sejauh 340 km. Tambang? GBP70 untuk 6 orang, juga dibeli awal secara online. Kalau beli di kaunter, lebih GBP200. Di UK, bawah 16 tahun masih dikira children jadi kami cuma membayar tambang untuk 2 dewasa dan 4 children. Di Malaysia, atas 12 tahun KTM dah charge tambang dewasa kan?
 |
| Inside Virgin Train, 2nd class seating |
 |
| Laju tapi tak terasa laju |
 |
| Tiba di Euston Station, London |
 |
| Nama tren ni 'City Of London' |
 |
Virgin Train's City Of London Class 390-038 at London Euston
after completing its journey from Glasgow Central |
 |
| London Euston's departure hall |
Ini bukanlah kali pertama kami ke London. Kami pernah ke sini pada musim luruh 2006. Cuma kali ini kami hanya semalam di sini, untuk persinggahan sebelum ke Paris. Pada 2006, kami bermalam di apartmen milik kenalan di pejabat kami tetapi pada 2010, kami bermalam di Travelodge Southwark, juga dengan kadar GBP29 untuk 1 malam. Lokasinya sekadar 170 meter dari stesen tube Southwark.
 |
| London Eye di background |
 |
| Dua kali ke sini, tapi tak naik London Eye |
 |
Beli banana chocolate crepe for 2.50 pound.
Diana kata yang jual tu nama dia Kofi Kingston. |
 |
| Westminster Bridge jam 8.05 malam |
 |
| Awat Diana? Telinga sengal bila naik tube ke? |
Dan ini foto sewaktu kali pertama di London pada autumn 2006
 |
Oxford Street.
Kenapa mat salleh tu pandang? Ha...masuk internet gambar ko... |
 |
Langit cerah, matahari bersinar tapi sejuk ya amat.
Tak salah sekitar 8 degree masa tu |
 |
| The next Agent 007 will be from Malaysia! |
 |
Patung atau manusia?
Lepas amik gambar dengan dia, pandai2 la hulur sepound dua!
Upah penat dia make up tebal-tebal, berdiri kaku berjam-jam. |
 |
| Tower Bridge |
 |
| Di tebing River Thames dengan Tower Bridge di belakang |
 |
| Julia Robert ke ni? |
 |
| Menjadi tetamu Beckham & Victoria di hari ulangtahun perkahwinan mereka... |
 |
| Haishhhh....idup lagi ke Princess Diana ni? |
 |
| Majlis afternoon tea bersama Ratu England |
 |
| Jose Mourinho ni cengih je bila ajak amik gambar |
Sebenarnya, foto-foto di atas ini adalah ketika kami berada di Wax Museum, Madam Tussauds. Sekali pandang, memang macam manusia betul tetapi kalau diperhatikan baik-baik, akan kelihatan kelainannya.
 |
| Buckingham Palace |
 |
| Princess Diana's Memorial di belakang tu |
 |
Angah...buat apa tu? Tangkap burung?
Baik-baik...nanti kena tahi burung lagi.
Di pinggir The Serpentine, Hyde Park. |
 |
Photo to treasure. 4 adik beradik di Hyde Park, London.
Haziq was 11, Angah 8, Diana 7 and Danial 18 bulan |
 |
Menginap di Park West Apartment, Edgware Road.
Tempat ni penuh dengan Pak Arab yang bongkak!
Kami tidak dibenarkan masuk lif bersama mereka
sedangkan lif masih punya ruang.
Agaknya mereka anggap mereka bangsa yang lebih mulia dari bangsa lain?
Untuk explore kota London ini, bolehlah gunakan tiket tube unlimited journey(1 day travelcard) yang dijual di kaunter selepas jam 9 pagi. Merayap la ke mana sahaja di sekitar zon 1 dan zon 2. Jangan pergi ke zon 3 atau lebih, nanti tak boleh keluar di turnstile (kalau nak pergi jauh, beli travelcard zon 1-4 atau zon 1-6, tapi mahal lagi la). Tak nak turun-turun dari tren pun boleh! |
Travelcard ini juga boleh digunakan untuk menaiki bas TfL (Transport for London) yang kaler merah tu. Tunjukkan kad tu pada driver bas dan naik turunlah di mana suka jadi tak perlu la nak bertanya pada bus driver. Rasa-rasa nak turun, tekan je buzzer. Dalam bas ada info display tunjukkan nama next stop...sungguh senang, taklah kita tercangak-cangak macam rusa sesat. Dia orang ni tak suka sangat nak melayan orang macam kita ni tapi sekarang ni pun, ramai pendatang yang jadi London's bus driver. Kat bus stop pun ada display informing pax bila next bus nak sampai.
1 day off peak Travelcard zon 1-2 ini harga pada spring 2010 adalah GBP6.60 untuk dewasa dan GBP3.00 untuk kanak-kanak under 16. Dengarnya, tambang akan naik tahun depan.
Di London, lagi la bersepah tempat makanan halal. Yang ramai dikunjungi tentulah Malaysia Hall di 30-34 Queensborough Terrace, Bayswater berhampiran Hyde Park. Ataupun di Edgware Road berhampiran persimpangan Sussex Garden, ada Restoran Mawar (sekarang mungkin dah tukar nama). Tempat ni sering dikunjungi oleh crew MAS dan SIA. Sepinggan nasi goreng atau nasi campur tak lebih GBP5...tu dulu la, sekarang mungkin naik sikit dah kot.
Kalau nak merasa kebab atau fish & chips halal, merata ada di London ni. Tak salah, KFC UK juga ada menawarkan halal food di sebilangan restoran mereka. Cuba layari site KFC UK untuk listing kedai tersebut. Dulu ada kami sediakan listing tu, tapi dah terdelete. Sejauh mana kesahihan halal KFC UK ini, wallahualam.
Amat mudah untuk menemui orang kita di London. Kalau nak pastikan, sebut je belacan ke, budu ke, kalau dia pandang, Malaysian la tu. Kalau tidak, bukan la tu atau orang tu sendiri pura-pura tak faham. Tetapi adatnya, bila kita berjumpa orang senegara di tempat asing, akan mudah bertegur sapa dan cepat mesra.
Shopping di London? Tak mahal ke apatah lagi dengan forex ringgit dan pound? Sebenarnya, ada sesetengah barangan yang lagi murah harganya di London berbanding dengan KL walaupun telah dibuat conversion ke RM. Kasut Clark, Bally, sebilangan jenama perfume boleh dibeli di sini. Malah kami sempat shopping pakaian untuk Danial di Mothercare dan Primark. Pakaian tersebut ada dijual di KL tapi harga di London lebih murah.
Jom kita ke London!
No comments:
Post a Comment