Olla!!Welcome to our BLOG...Don't forget to follow okay!!:)

Wednesday, 29 February 2012

Pak Lang's Apartment - Plein 40-45, Slotermeer, Amsterdam

Setelah 3 jam travelling dengan Thalys dari Paris, kami tiba di Stesen Amsterdam Centraal. Pak Lang dan Uncle Theo dah menunggu di platform. The kids rindu dengan Pak Lang mereka sebab dah setahun tak jumpa.

Kami akan berada di rumah Pak Lang di Slotermeer selama 4 malam sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Haaa....nak balik dah? Boringnya... kata kids. Semua, kalau boleh nak duk lama lagi kat Europe.

Once sampai rumah, Pak Lang bagi surprise untuk Danial. Ada birthday cake for him. Boleh la Pak Lang, walaupun time tu dah terlewat 17 hari.



 Happy 6th Birthday Danial....muahhhhhh

Sedapnya kek ni....

Ni nama jalan rumah Pak Lang.
Pandai sendiri la camne nak pronounce

 Ini la apartment Pak Lang


 Kat ground floor ada shopping center

 Lovely spring in Amsterdam







 Gambar-gambar di atas tu diambil di kawasan sekitar 
rumah Pak Lang. Nice place to live.

Kedai -kedai bawah rumah Pak Lang.
Ada kedai 2 euro tapi barangan
adalah European quality... bukan China mari.



Week end market kat rumah Pak Lang - Plein 40-45, Slotermeer

Kids suka duk kat apartment Pak Lang ni sebab very convenience. Kat ground floor ada shopping center, supermarket Albert Heijn, bakery, ada week end market, tempat cantik & tram stop pun dekat. Amsterdam city center pun sekadar 20 minit travel dengan tram.

Nak cari daging & ayam halal pun tak ada masalah kerana ramai orang yang berasal dari Morocco menetap di sini. Ada supermarket dan grocery shop milik Arab. Malah, di Albert Heijn pun ada halal section. 


Pak Lang akan masak for dinner, walaupun simple je, tapi tetap sedap. Agaknya sebab sejuk, tu yang selera makan.




 Breakfast : Roti, various type of cheese, strawberry jam,
tomato, olive, capsicum

Gouda cheese kat tangan Pak Lang tu.... sedap!
Murah je...besar tu harga lebih kurang 2 euro

Afternoon tea kat balcony




Errr...yang ni semua, beli je kat bakery kat bawah tu


And for dinner :
Chicken with pineapple

Fresh & crunchy salad

Cabbage & carrot




Dessert :
Fresh strawberry with chocolate cream


Pak Lang pandai lukis la. Kenapa ayah tidak?




Sunday, 26 February 2012

Burger Bakar Rawang

Wah...lamanya tak update blog. Hujung tahun lalu bukan main aktif...ye la, time tu cuti, so banyak masa. Ni awal tahun, tuntutan hidup dan komitmen lain banyak mengambil masa sehari-harian.

Apapun, kali ni nak memblogkan tentang burger bakar...errr, bakar tu bukanlah bermaksud Encik Bakar tetapi sebenarnya burger yang dibakar ataupun grilled burger. Grilled burger ni semakin mendapat sambutan lately ni. Burger ini tidak sama seperti street burger yang lain. Patty burger ini adalah home made, bukannya factory made berbagai jenama yang mudah didapati di hypermarket. Dan patty ini dibakar (grilled) di atas pemanggang, bukannya di'goreng' dengan minyak majerin di atas kuali leper.

Menarik bunyinya? Maka, Jumaat lepas, sambil menunggu anak yang tengah tuition di Gombak, kami pun mencari la burger bakar ini. Setelah merujuk ke internet, ianya membawa kami ke Kaw Kaw Burger Bakar di Seksyen 4, Wangsa Maju. Huh...memang la ada attraction di sini..queue panjang! Tetapi oleh kerana sukar mencari parking dan tengok pula queue yang panjang tadi, kami mencari burger bakar alternatif iaitu di Arena Cafe, Jalan 2/27F, KLSC Wangsa Maju berhampiran Carrefour, KFC/Pizza Hut dan NZ Curry House. 

Haaa...ni namanya Rawang Burger Bakar. Kami pun order la cheese burger.Wah...nampak sedap bila patty tu dipanggang. Huh...bila dah siap, voila....tebalnya burger tu, dengan cheese meleleh lagi. Memang burger ni akan sloppy bila makan. Terasa gigi kita tenggelam dalam ketebalan daging burger tu. 

Taste? Acceptable...patty tu memang sedap dan masak rata di atas pemanggang. Ada salad dan bawang berserta sos thousand island. Kalau bawang tu digoreng dulu, mungkin lebih sedap.

Harga? RM8 with cheese (RM7 without cheese). Pada kami, harga tu reasonable dengan burger yang kita dapat. Memang la, kalau di street burger biasa yang lain, harga cuma RM2.80-3.00 tetapi pattynya adalah patty biasa yang dagingnya terasa anjal bila kita gigit. 


 Licence To Grill

 Tu dia...tebalnya daging burger tu. Then, diletakkan cheese
dan dibiarkan sebentar di pemanggang supaya cheese tu cair sedikit

 Brader yang jual....peramah dan boleh layan 
bicara apa saja tentang burgernya kecuali resipi...*wink wink*


Sloppy burger...mesti comot bila makan

GPS coordinate : N3 11' 54.5" E101 44' 44.5" 
Arena Cafe (Runs by Saudara Mirnawan Nawawi, our hockey ex-international)


*Ini bukanlah iklan, tidak juga dibayar untuk disiarkan. Pandangan peribadi semata.