Wah...lamanya tak update blog. Hujung tahun lalu bukan main aktif...ye la, time tu cuti, so banyak masa. Ni awal tahun, tuntutan hidup dan komitmen lain banyak mengambil masa sehari-harian.
Apapun, kali ni nak memblogkan tentang burger bakar...errr, bakar tu bukanlah bermaksud Encik Bakar tetapi sebenarnya burger yang dibakar ataupun grilled burger. Grilled burger ni semakin mendapat sambutan lately ni. Burger ini tidak sama seperti street burger yang lain. Patty burger ini adalah home made, bukannya factory made berbagai jenama yang mudah didapati di hypermarket. Dan patty ini dibakar (grilled) di atas pemanggang, bukannya di'goreng' dengan minyak majerin di atas kuali leper.
Menarik bunyinya? Maka, Jumaat lepas, sambil menunggu anak yang tengah tuition di Gombak, kami pun mencari la burger bakar ini. Setelah merujuk ke internet, ianya membawa kami ke Kaw Kaw Burger Bakar di Seksyen 4, Wangsa Maju. Huh...memang la ada attraction di sini..queue panjang! Tetapi oleh kerana sukar mencari parking dan tengok pula queue yang panjang tadi, kami mencari burger bakar alternatif iaitu di Arena Cafe, Jalan 2/27F, KLSC Wangsa Maju berhampiran Carrefour, KFC/Pizza Hut dan NZ Curry House.
Haaa...ni namanya Rawang Burger Bakar. Kami pun order la cheese burger.Wah...nampak sedap bila patty tu dipanggang. Huh...bila dah siap, voila....tebalnya burger tu, dengan cheese meleleh lagi. Memang burger ni akan sloppy bila makan. Terasa gigi kita tenggelam dalam ketebalan daging burger tu.
Taste? Acceptable...patty tu memang sedap dan masak rata di atas pemanggang. Ada salad dan bawang berserta sos thousand island. Kalau bawang tu digoreng dulu, mungkin lebih sedap.
Harga? RM8 with cheese (RM7 without cheese). Pada kami, harga tu reasonable dengan burger yang kita dapat. Memang la, kalau di street burger biasa yang lain, harga cuma RM2.80-3.00 tetapi pattynya adalah patty biasa yang dagingnya terasa anjal bila kita gigit.
Licence To Grill
Tu dia...tebalnya daging burger tu. Then, diletakkan cheese
dan dibiarkan sebentar di pemanggang supaya cheese tu cair sedikit
Brader yang jual....peramah dan boleh layan
bicara apa saja tentang burgernya kecuali resipi...*wink wink*
Sloppy burger...mesti comot bila makan
GPS coordinate : N3 11' 54.5" E101 44' 44.5"
Arena Cafe (Runs by Saudara Mirnawan Nawawi, our hockey ex-international)
*Ini bukanlah iklan, tidak juga dibayar untuk disiarkan. Pandangan peribadi semata.
*Ini bukanlah iklan, tidak juga dibayar untuk disiarkan. Pandangan peribadi semata.





Rawang burger bakar memang terbaik.daging memang rasa juicy dan lazat.
ReplyDelete