Olla!!Welcome to our BLOG...Don't forget to follow okay!!:)

Wednesday, 30 November 2011

Manchester Tapi Bukan United

Bila sebut Manchester, pasti MU yang akan dulu dibayangkan. Tapi bukanlah disebabkan MU kami ke sini.

4 hari 3 malam kami berumah di Premier Inn, Heald Green. Harganya tidaklah semahal disangka ramai, cuma 29 pound (RM150) untuk 1 bilik yang boleh dihuni oleh 3 orang. Lagi murah dari hotel di Malaysia yang rata-rata mengenakan harga sekitar RM180-220 dengan kemudahan yang sama. Kami cuma membuat online reservation 21 hari lebih awal untuk mendapat harga ini. Hotel Premier Inn ini amat selesa, selamat dan bersih serta begitu hampir dengan stesen Heald Green. Untuk ke city center, ianya cuma 15 minit perjalanan.

Makanan halal tidak menjadi masalah di Manchester ataupun secara amnya, di UK. Senang mencarinya dan rasa pun sedap!

Di stesen Manchester Piccadilly, 
muka penat travelling dari Singapore tak hilang lagi
Bilik di Premier Inn
Rate GBP29 (RM150) untuk 1 malam
Selesa dan selamat di Premier Inn
Satu pagi di musim bunga yang dingin di Manchester
Stesen Old Trafford
Thumbs down sebab bukan MU fan
Old Trafford
Besarnya Wayne Rooney ni
Fish & chips, makanan kebangsaan Inggeris, di Old Trafford
Kebab halal dan nasi vegetable curry yang sedap di Arndale Shopping Center
Primark, tempat shopping... harga pakaian as low as GBP2. 
Lagi murah dari uptown Shah Alam?
Debenham...errr, yang ni mahal skit la banding dengan Primark. 
Kat KL pun ada Debenham ni kan.
Pasar Tani versi UK di hadapan hotel Premier Inn setiap pagi Ahad
Stesen Heald Green 
Untung jadi small kid...tak perlu penat usung beg

Terbang Bersama Emirates

Untuk perjalanan kami ke Eropah pada Spring 2010, kami memilih untuk terbang bersama Emirates. Penerbangan bermula dari Changi dan transit di Dubai sebelum tiba di Manchester dan penerbangan balik bermula dari Amsterdam. 

Kenapa Changi tidak KLIA? Kenapa Emirates tidak MAS, AirAsia, Etihad atau Qatar Airways? Kerana Emirates dan ex-Changi menawarkan tambang paling murah setelah kami window shopping selama 5 bulan memilih airlines. 

Terminal 1, Changi
Terminal 3, Dubai International
Dubai
Bestnya Danial tido
Duty Free Area, Dubai International
EK 017 ke Manchester
Onboard EK 017 Boeing 777
On the final approach, Heald Green, Manchester
Tangga suda mari...boleh turun, 
penat dah 6 jam setengah dalam flight
Emirates Boeing 777 di Schiphol Airport
Danial dengan sunglasses...silau kot
Dengan abang dan kawannya di viewing deck, Schiphol Airport
Viewing deck, Schiphol Airport
Schiphol means hell for ships
Bye Amsterdam
Flight info

Macaroni entah masak apa...untuk Danial
Sedap ke macaroni tu Danial?



Hari Pertama

Hari ini adalah hari pertama kami memblogging sempena bercuti seminggu kerana maid kami balik kampung. Terlintas di hati kami untuk berkongsi catatan perjalanan domestik dan antarabangsa kami untuk tatapan dan mungkin juga panduan kepada sesiapa yang terbaca blog kami ini.