Kami tiba di Blackpool setelah 3 hari di Manchester. Perjalanan dengan tren First Transpennine Express dari Manchester cuma mengambil masa 1 jam. Tiket telah kami tempah sebulan awal melalui online dan tambangnya jauh lebih murah jika dibeli secara walk in di kaunter.
 |
| Tren First Transpennine Express |
Sepanjang perjalanan, tren melalui bandar dan English's country side. Sempat juga gambar Reebok Stadium, home of Bolton Wanderers diambil dari dalam tren.
 |
| Reebok Stadium, Bolton Wanderers' home |
 |
| English's countryside |
 |
| Diana kepenatan travelling |
Blackpool terletak di north west England dalam Lancashire county, tidak jauh dari Manchester dan Liverpool. Ianya adalah sebuah bandar percutian tepi laut yang popular di England. Blackpool terkenal dengan Autumn Illuminations iaitu lampu beraneka warna dinyalakan di sepanjang promenade di musim luruh dan juga dengan Blackpool Pleasure Beach, sebuah taman tema.
Kami menginap di Lynton Apartments, sebuah apartment percutian milik Iggy, British Muslim keturunan Pakistan. Pada mulanya kami tidak pun mengetahui Lynton Apartments milik seorang Muslim, tetapi Iggy memberi salam sebaik kami tiba di pintu apartmennya. Iggy menyatakan beliau lebih dahulu mengetahui kami keluarga Muslim berdasarkan nama sewaktu membuat tempahan. Seorang host yang baik, Iggy sentiasa memastikan kami selesa di apartmennya. Apartmen percutian ini lengkap sebagai sebuah rumah dan kami rasa dengan menyewa self catering holiday apartmen ini adalah lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan menyewa hotel.
 |
| Bersama Iggy sebelum meninggalkan Blackpool |
 |
| Lynton Apartments berdepan Promenade |
 |
Ruang dapur di Lynton Apartments. Rice cooker tu
bukan Iggy sediakan tapi kami bawa dari Malaysia.
Nasi himpit, sambal kacang, sambal ikan bilis tu pun bukan
kami beli di Tesco Blackpool tapi juga kami bawa dari KL. |
Makanan halal juga tidak menjadi masalah di Blackpool. Banyak kedai milik Muslim keturunan Arab dan Pakistan di sini.
 |
Angah tak sabar nak makan.. :p. Tengok harga pada menu, murahkan?
Tapi jangan convert ke Ringgit Malaysia. |
 |
| Burger besar yang Danial suka |
 |
| Foot long sausage with chips |
 |
Dengan cashier (mungkin dia owner kedai) yang peramah.
Amat menghormati kami apabila mengetahui kami
keluarga Muslim dari Malaysia. Sekiranya ada rakyat Malaysia
ke kedai ini, pasti akan terlihat sekeping note RM1
yang kami tinggalkan sebagai cenderahati. |
 |
| Kedai fish and chips, burger, hot dog halal yang sedap di Blackpool |
Sebenarnya, kami membawa banyak bekalan makanan dari Malaysia. Dari 4 suitcases, 2 dipenuhi dengan makanan. Kami juga membawa rice cooker dan electric jug kerana ada budget hotel di Eropah yang tidak menyediakan electric jug di bilik. Antara makanan yang kami bawa, sudah tentu mee segera, rendang kotak, serunding, sambal ikan bilis, perencah nasi goreng dan makanan dalam tin. Untuk beras pula, boleh dibeli di supermarket seperti Tesco dengan harga 1 pound sekilo (beras basmati).
Blackpool, sesuai sebagai sebuah bandar percutian, dipenuhi dengan premis hiburan di sepanjang promenadenya.
 |
| Town Center, Blackpool |
 |
| Hadapan Blackpool Tower |
 |
| South Pier |
 |
Kereta kuda...how much?
20 pound dari Blackpool Pleasure Beach ke Lynton Apartments sejauh 1 batu |
 |
| Penat kuda ni |
 |
| Jam 10 malam...baru masuk Maghrib |
 |
| Singgah di Bloomfield Road, home of Blackpool FC |
 |
| Promenade |
 |
| South Pier...tempat amusement park |
 |
| Coin slot machine |
 |
| Waa...500 pound? Banyak tu |
 |
| Blackpool Town. Bank Holiday masa ni. |
 |
Besarnya bear tu. Nasib baik tak dapat,
kalau tak macam mana nak bawak balik naik flight |
 |
| Diana dengan Blackpool tram yang klasik |
 |
| Blackpool Promenade dengan Blackpool Tower sebagai background |
No comments:
Post a Comment