Apabila berada di Edinburgh, terbayang zaman medieval apabila melihat castle dan bangunan di bandaraya ini. Sebuah bandaraya yang kaya dengan sejarahnya dan disenaraikan dalam Unesco World Heritage Site.
Memandu dari Blackpool ke Edinburgh mengambil masa selama lebih kurang 4 jam melalui lebuhraya M6 sehingga pekan Moffat. Dari Moffat, kami mengikuti panoramic route untuk ke Edinburgh. Panoramic route ini melalui perkampungan Scotland yang terletak di kawasan pergunungan. Had laju di lebuhraya tanpa tol (in fact, kami tidak menjumpai SATU plaza tol pun selama memandu di UK) adalah 70 bsj (112kmj) dan bawah 60 bsj di jalan-jalan lain. Kami tidak berani untuk memandu melampaui had laju ini kerana tidak mahu menimbulkan masalah di tempat orang. Maka jadilah kami pemandu yang berhemah! Sememangnya, pemandu di UK amat bersopan santun dan sentiasa bertimbangrasa apabila memandu.
Kami berada di Edinburgh di bulan Jun, maka maghrib hanya masuk pada jam 10 malam. Jam 9.45 malam, langit masih cerah! Suhu pula tidaklah sesejuk mana, malah kami selesa tanpa jaket apabila merayau di Princes Street. Barulah kami terasa bahang matahari setelah seminggu berada di UK.
 |
Panoramic route
|
Padang rumput, bukit, sungai yang jernih...cantik dan mendamaikan |
|
 |
| Sempat berhenti for photo shoot di panoramic route |
 |
| Edinburgh Castle |
 |
| Laman Edinburgh Castle sedang disediakan untuk Edinburgh Military Tattoo |
 |
| Royal Mile - Edinburgh's old town busiest tourist street (one Scots mile long) |
 |
| 9.15 malam...masih cerah |
 |
| Royal Mile...di sini kami disapa rakyat Malaysia yang meneriak "Melayu....Malaysia" |
 |
| Menginap di Travelodge West End. Rate masih affordable. |
 |
| Kids takut masuk sini walaupun dioffer...'live hantu' ada dalam ni |
 |
| Warm spring in Edinburgh....dah rasa macam siang di Cameron Highland |
 |
Bag piper di Waverly Bridge.
Lepas ambik gambar dengan dia, sedekah la 1 pound... |
 |
| Di hadapan Scott Monument, Princes Street |
 |
Edinburgh tram in static display.
Still under construction semasa kami di Edinburgh |
No comments:
Post a Comment