Olla!!Welcome to our BLOG...Don't forget to follow okay!!:)

Friday, 2 December 2011

Stamford Bridge? Mana jambatannya?

Sebelum kami menyeberangi Selat Inggeris, kami ke Stamford Bridge (SB), home of Chelsea. Haziq adalah Chelsea fan, jadi ini dikira sebagai gift untuknya. Kunjungan ke sini memang kami rangka sejak awal lagi kerana pada tahun 2006, kami tidak berkesempatan ke sini. 

Dengan tube dan peta, kami mula mencari arah. Memang mudah bergerak di kota London, tube berada di mana-mana. SB terletak 480 meter dari stesen Fulham Broadway dengan menggunakan District Line.

Excited sungguh Haziq, maklumlah selama ini hanya disaksikan menerusi tv, kini SB di depan matanya. Maka, kami pun membayarlah 'sejumlah' pound untuk stadium guided tour dan juga muziumnya.
Sampai dah depan Stamford Bridge
Tu hari gambar Rooney yang besar, ni gambar Lampard pulak...
Bilik kaca, waiting area sebelum guided tour bermula.
Agaknya tempat ni untuk Chelsea punya guest masa match day.
Tempat duduk belakang gol
Ini mamat yang jadi guide. Andy nama dia.
Adik Frank Lampard ke dia ni...muka macam lebih kurang je.
Dia tanya kami dari mana dan dengan bangga kami jawab 'Malaysia'!
Meja untuk sidang media Chelsea.
Meja inilah tempat pengurus Chelsea memperkenalkan player baru.
Bilik persalinan untuk home team.
Masa kat bilik persalinan away team, si Andy ni kutuk Cristiano Ronaldo.
Andy kata Ronaldo duk depan cermin bilik persalinan pakai lipstick...kehkehkeh!
Ronaldo...ko baca ni!

(Video kutuk Ronaldo ada kat bawah...scroll down)

Kononya ini semasa matchday di mana player beratur sebelum 
keluar dari tunnel. Haziq dilantik jadi skipper Chelsea dan 
diberi nama Haziq 'Terry' Farhan oleh Andy.
Players' tunnel
Tempat manager dan reserve player duduk semasa match berlangsung
Padang tu takde rumput sebab tengah seeding
rumput baru untuk new season 2010/2011
Tempat away supporters duduk.
Sib ko baik Andy, kutuk MU je. 

Kalau la ko kutuk Liverpool, aku mintak balik duit aku!

Hai Andy!
Kat kedai Chelsea. Kalau nak beli jersey, 
better buy at sport shop.
Kat sini mahal sikit.
We were here...Stamford Bridge!
Jersey yang dipakai masa final UEFA Champions League lawan MU.
Alaaa...yang Chelsea kalah sebab Terry sepak tanah masa penalty shoot out tu la...
Koleksi hadiah Chelsea.
Ini cenderahati dari FAM semasa Chelsea datang Malaysia,
dipamerkan di Muzium Chelsea

See u again SB!

Video Andy buat lawak pasal Cristiano Ronaldo, 
Wayne Rooney & Carlos Tevez
(Offkan dulu background song)
Keh keh keh....suka-suka ko je ye Andy kutuk player MU


All the best Chelsea (walaupun ko dah kidnap Torres) 
- from Liverpool fan yang tak kisah pun sapa menang BPL 
season 2011/2012 asalkan bukan MU.

No comments:

Post a Comment