Anfield....here we come! Memang telah lama si ayah berhasrat untuk ke Anfield dan peluang ini tidak dilepaskan apabila berada di bumi Inggeris ini. Malangnya, kami tiba di Anfield selepas jam 5 petang dan waktu lawatan ke stadium telah ditutup. Kami terlewat kerana kesesakan trafik di motorway M6 menghampiri susur keluar ke Preston dan juga di persimpangan Manchester. M6 merupakan lebuhraya yang menghubungkan utara dan selatan dan antara yang tersebuk di UK.
Heavy traffic di M6 menghampiri susur keluar ke Preston
hinggalah ke persimpangan Manchester. Jam sekitar 3-4 petang.
Sama la perangai dengan MRR 2 kita...jam sebab kereta bersimpang siur.
What a bad timing juga kami ke Anfield apabila hari tersebut Rafa Benitez, pengurus Liverpool disingkirkan dan penyokong tempatan mengadakan demo membantah tindakan pemilik LFC melepaskan Rafa Benitez.
Alang-alang ke Anfield, sempat kami menjenguk musuh setempat LFC di Goodison Park - Everton FC. Goodison Road dan Anfield begitu dekat, sekadar 5 minit memandu.
| Anfield |
| Protes kerana Rafa Benitez disingkirkan |
| Yanks Out! Tapi akhirnya Torres yang out. Kena la tukar gambar besar Torres tu. |
| Diana dan Danial takut nak pergi dekat |
| Tengok dari jauh, nanti kalau pergi dekat kena cekup dengan Bobby (panggilan manja polis British) pulak |
| Tribute to the legends |
| Penyokong setia Liverpool dan Everton yang berkaki empat...tengok la kat leher anjing tu |
| Disuruh balik kampung |
| Miracle of Istanbul diabadikan di Anfield |
| Tumpang sekaki bila crowd dah reda |
| This Is Anfield |
| Penyokong Liverpool berarak di sekeliling stadium sambil menyanyi "they only care about mooney (money)...." |
| Blue side of Liverpool |
| Nil Satis Nisi Optimum (Nothing But The Best Is Good Enough) |
| Albert Dock |
| Albert Dock...ada muzium The Beatles kat sini |
| Merata-rata ada ferris wheel ni |
| Lepak jap...penat la ayah! |
| Mersey River's bank |
No comments:
Post a Comment