Olla!!Welcome to our BLOG...Don't forget to follow okay!!:)

Sunday, 4 December 2011

Paris, City Of Lights

Kami tiba di Gallieni Euroline Station, Paris jam 7 pagi dan untuk ke Hotel Premiere Classe di Suresnes, kami perlu menaiki metro dari hujung je hujung. Wah...ini bakal menjadi satu perjalanan metro yang hebat kepada kami kerana perlu bersesak sama dengan penduduk Paris semasa morning peak hours. Apatah lagi dengan 4 bagasi kami yang besar dan berat. Dan infrastruktur metro Paris yang dipenuhi tangga memang menyukarkan. Malah staff Paris Metro juga tidak friendly membantu kami yang terkial-kial melepasi turnstile dengan membawa beg yang besar. 

Dalam tren, kami disapa dalam bahasa Indonesia oleh seorang wanita Paris. Katanya, dia tergerak untuk menegur setelah mendengar kami bercakap Melayu dan dia sebenarnya fasih berbahasa Indonesia kerana mempelajari bahasa itu di universiti. Jangan la mengutuk mat dan minah salleh ni sebarangan, kerana mungkin ada yang faham nanti.

Premiere Classe Hotel, Suresnes
53 euro 1 malam untuk 1 bilik 3 orang
Premiere Classe Hotel ni dikira budget hotel, dan terdapat di seluruh pelusuk France. Rate untuk setiap hotel adalah berbeza bergantung kepada lokasi. Kami memilih di Suresnes kerana terletak di pinggir zon city center. Kriteria kami memilih hotel sebenarnya ditentukan dengan lokasi hotel mesti berhampiran dengan stesen tren. Gambar bilik tak kami fotokan...errr, bersepah!
Stesen tram Suresnes Longchamp
350 meter dari Premiere Classe Suresnes
Masalah komunikasi di Paris? Memang! Parisien ni tak suka layan foreigner yang tidak berbahasa mereka. Kami terkena di kaunter tiket SNCF (France National Railway). Tempahan perjalanan online Paris-Amsterdam dengan Thalys selepas 5 hari kami di sini perlu kami tukarkan dengan tiket dan kami ingin meminda tarikhnya. Kami terus tidak dilayan sebaik sahaja kami membuka mulut dengan mengatakan 'no English'. Terpaksa kami beratur semula dalam queue yang panjang dan menunggu sambil memerhatikan mana kaunter yang sudi berbahasa Inggeris. Akhirnya, kami terpaksa meminta bantuan dari penyelia kaunter yang kebetulan ada di situ dan sedia melayan kami. Satu pengalaman yang menyakitkan hati. Di Malaysia, KTMB tidak pernah sebegini dan petugas kaunter seboleh-bolehnya akan melayan walau apa bahasa sekalipun yang digunakan.

Untuk travel within Paris, gunakan ParisVisite unlimited travel card. Boleh digunakan untuk menaiki bas, metro, tren RER (RATP & SNCF) dan sebahagian tren-tren SNCF. Untuk tempoh sah 3 hari harganya 21.30 euro untuk dewasa dan kanak-kanak 4-12 tahun harganya 10.65 euro. Di Paris, sama seperti di Malaysia, takrif children adalah sehingga 12 tahun (di UK children sehingga 16 tahun!). Gunakanlah travel card semaksimumnya!

Blooming flowers
Eiffel Tower under overcast sky
River Seine
La Defense
La Defense - tempat Mr Bean sesat!
Sunny day
Square infront of La Defense



Eiffel Tower
View from Trocadero

Trocadero


Musee du Louvre



Louvre Palace


Arc de Triomphe


Tomb Of The Unknown Soldiers
Wet day In Paris
Diana and Danial playing with bubbles kat tepi River Seine.
Then, sedekah 1 euro kat mamat yang penat buat bubbles tu
Danial dengan Peugeot's concept car
Peugeot show room di Champs-Elysees
World Cup 2010 fever masa kami di Paris.
Ini 1 day before France's opening match versus Uruguay.
Opposite Galeries La Fayette.
Mahal barangan kat sini. Setakat tengok boleh la.
Agaknya ni nama-nama mereka yang terlibat dalam
French Revolutionary & Napoleonic Wars
Arc de Triomphe terletak di tengah bulatan yang menemukan
12 batang jalan di Paris City Center, bayangkanlah macam mana
kelam kabutnya bila kenderaan bertemu di bulatan ini.
Buat laundry kat sini, dekat dengan hotel.
Diana yang rajin tolong masukkan baju dalam mesin,
then put in the dryer.
Kedai Arab yang jual kebab, pizza dan burger halal
di Boulevard Henry Sellier, pun tak jauh dari hotel.
Masa pertama kali ke sini, sukar untuk berkomunikasi
kerana Pak Arab ni tau French dan Arabic je.
Bila sebut chicken, tentu-tentu la dia tak paham,
sebut poulet (chicken in French) dia pun tak paham jugak,
(agaknya sebutan poulet tu tak betul bunyi dia),
maka ayah, untuk memudahkan keadaan, membuat aksi mengepak
dan berkokok dalam kedai tu....baru la Pak Arab tu paham.
Kali ini kami tidak sempat mengambil gambar Eiffel Tower di waktu malam kerana lambat gelap. Jadi, ini foto Eiffel Tower yang bergemerlapan sewaktu kunjungan pada autumn 2006.
View from Bir-Hakeim Station, Paris Metro


Glittering Eiffel Tower in warm autmn night, 2006

No comments:

Post a Comment